Friday, March 11, 2011

Keliru??


Masa berlalu begitu pantas..suka-duka silih berganti..dugaan dihadapi dengan tabah, hidup ini penuh dengan perkara yang tidak kita jangkakan. Lain yang diharapkan..tapi lain pula yang terjadi, kadang-kadang kita leka dengan perasaan sendiri..inilah realiti kehidupan. Namun apapun yang terjadi..pasti ada hikmah disebaliknya, kerana perancangan yang mahal pencipta adalah yang terbaik buat hambanya.

Aku ingin kau tahu bahawa aku tidak pernah menyalahkan dirimu di atas apa yang terjadi sepanjang perkenalan kita, tapi ada satu persoalan yang sehingga kini masih lagi belum ku temukan jawapannya. Apa sebenarnya yang dirimu inginkan pada diri ini? Hari demi hari aku rasakan seperti aku makin tidak mengenali dirimu.

Tidak pernah sedetikpun terlintas di hati untuk lari dari semua ini, tidak juga aku menutup hati ini untuk dimiliki oleh sesiapapun. Cuma diri ini belum bersedia..bagaimana untuk aku menerima satu tanggungjawab yang begitu besar sedangkan diri sendiri pun tidak tertanggung.

Bolehkah kiranya aku meminta jawapan pada persoalan yang selama ini bermain di fikiranku?


Keliru?

No comments:

Post a Comment