Friday, February 25, 2011

Harapan yang Belum Pasti

Life is journey....

Pejam celik pejam celik...sudah hampir 3 tahun aku tinggal di sabah ni, begitu pantas masa berlalu. Bermacam-macam kenangan pahit manis telah aku tempuhi di sini, samada bersama kawan ataupun bersendirian..aku tetap menempuhinya dengan tabah. Teringat kembali keperitan sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di sabah ni, terpaksa survive bersama rakan-rakan yang baru dikenali ketika pertama kali menjejakkan kaki di lapangan terbang kota kinabalu. Rakan-rakan yang baru aku kenal tidak sampai 5 minit tapi kami tetap bersatu hati mencari arah di bandaraya kota kinabalu yang begitu asing bagi kami ketika itu, keakraban yang terjalin seolah-olah kami semua telah kenal bertahun lamanya antara satu sama lain.

Belum sempat berkenalan dengan lebih dekat lagi antara satu sama lain, kami terpaksa berpisah mengikut halatuju masing-masing yang telah ditetapkan. Alhamdulillah..kali ini aku tidak berseorangan, ada 2 orang lagi sahabat yang sama halatujunya dengan aku. Kupanjatkan doa kesyukuran kepada Maha Pencipta kerana telah mengirimkan 2 orang lagi sahabat sebagai peneman dalam langkah untuk menuju ke destinasi yang seterusnya.

Kini sudah hampir 3 tahun di sini..apa kabar berita rakan-rakan lain yang sama-sama datang ke sabah ni dulu? Mmmm...ade yang awal-awal lagi sudah lari pulang ke kampung sebab tidak tahan dengan kehidupan di sini..ada pula yang sudah dapat pulang bertugas di semenanjung..tidak kurang juga ada yang telah menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati orang sabah dan semestinya akan menetap di sini untuk satu tempoh masa yang lebih lama..namun apapun keadaan mereka, aku masih lagi setia di sini hingga ke hari ini.

Tapi sejak akhir-akhir ni aku rasakan macam tiada hati lagi untuk terus tinggal di sini, perasaan untuk pulang bertugas di semenanjung semakin membuak-buak dalam diri ini. Bila mengenangkan mak dan ayah yang hanya tinggal berdua di kampung tanpa ada seorang pun adik-beradik aku yang lain menjaga mereka di kala usia mereka yang semakin lanjut, rasanya seperti esok juga aku ingin pindah. Bimbang berlaku apa-apa perkara buruk terhadap mereka..Ya Allah..lindungilah kedua-dua orang tuaku..kurnikanlah kesihatan tubuh badan kepada mereka..amin~

Beberapa hari ni aku cuba mencari-cari sekolah yang berhampiran dengan kampung aku, yang memerlukan khidmat aku untuk bertugas di sana. Namun masih lagi belum ada jawapan yang menggembirakan hati ini, di kampung aku sendiri pun sudah ada yang mengisi jawatan tersebut..jadi terpaksalah aku mencari di kawasan sekitar yang tidak terlalu jauh dari kampung aku ni. Mudah-mudahan tidak lama lagi aku boleh mencurahkan bakti di negeri kelahiranku, dan harap-harap tidak jauh dari kampung halamanku..jadi bolehlah aku menjaga kedua orang tuaku kelak. Ya Allah..permudahkanlah urusan hambamu ini..amin~


Friday, February 11, 2011

Reunion and Farewell


The remains of a leftover dream were trempled on..they were stopped by a whimsical death god, you acted coldly as you walked past me. I shall stretch my hand to real you in, so that i could return your foolish self back to normal. Sever the rules within thin violant galaxy, the theme of life has also broken away and is fading into oblivion. We hate the line yet we exceed it as we remember the days fondly..something caused us to wild. I still don't know the meaning of the things that i did..the feelings that i should have already abandoned were revived, as i pretend to be calm. I hid that hastening irritation..there aren't any feelings, yet something is raging in the night air. That's is why your heart can't keep up, the loneliness that i didn't fight back is raging on stronger than before. Why do you exist outside of the light? Come on..notice it. Maybe a carefree way of living isn't that bad, i was laughed at and hated. I don't know what the future holds, but i felt loved even though i was alone...




Life is journey~

Friday, February 4, 2011

Relationship a.k.a Teman Tapi Mesra

Teman tapi mesra..sebuah lagu dendangan artis indonesia yang satu ketika dulu sangat popular, sentiasa kedengaran bermain di radio dan selalu menjadi siulan anak-anak muda hingga la kanak-kanak di Malaysia ni. Berapa ramaikah yang betul-betul faham maksud tersirat yang ada pada lagu ni? Lagu ni merupakan lagu yang penuh dengan pengertian jika betul-betul kita faham, lagu tentang kehidupan. Bagi aku lagu ni mengajar tentang perhubungan antara lelaki dan wanita.

Sudah termaktub manusia dijadikan berpasangan, ada lelaki dan wanita..dan antara lelaki dan wanita ni sifatnya seperti magnet kutub utara dan selatan. Saling menarik antara satu sama lain, dan aku sememangnya tidak percaya pada "bestfriend" antara lelaki dan wanita sebab dari dulu lagi aku perhatikan, sejak dari aku kenal arti cinta..sememangnya antara lelaki dan wanita tidak boleh menjadi bestfriend sebab dalam kita tidak sedar pasti akan timbul rasa cinta, dan bermula dari sini la akan timbul bermacam-macam masalah antara dua insan ini. Lebih memburukkan keadaan, secara tidak langsung ia akan melibatkan orang ketiga dan juga orang-orang di sekelilingnya.

Begitu juga dengan hubungan antara Abang angkat dan Adik angkat (perempuan), orang selalu cakap "mula-mula abang n adik angkat..lepas tu terangkat" ni pun selalu terjadi..dan situasinya tetap sama dengan cerita di atas iaitu antara lelaki dan wanita tidak boleh menjadi kawan yang terlalu rapat. Tapi apa pun alasannya..salah seorang baik yang lelaki mahupun perempuan mestilah pandai memainkan peranannya dalam setiap hubungan barulah tidak terjadi seperti perkara di atas, salah seorang mestilahlah bijak untuk mengatur hubungan persahabatan yang terjalin..tapi pasti ada yang tidak setuju dengan apa yang aku cakap ni kan?

"Tak kenal maka tak cinta" memang ada betulnya kata-kata tu..tapi agak-agak lakan, kalau memang ko dah tau kawan ko tu dah ada kekasih hati..yang ko sebuk-sebuk nak berkawan rapat sangat dengan dia tu apakejadahnya..kalau si dia single? pandai-pandai la ko mengayat..jangat pulak ko buat-buat2 baik ada makna...tunjukkanlah keikhlasan ko tu nak berkawan dengan dia..tunjukkan diri ko yang sebenar la, klu si dia tak dapat terima redha je la dan perbaiki la kelemahan diri ko tu..kalau ditakdirkan orang lain lebih dulu dapat dia pun ko kena la redha jugak..dah memang tu jodoh dia, jangan la ada niat tak elok nak rosakkan hubungan mereka..ramai lagi manusia kat atas bumi ni..

Nah ambik ko..ni la jadinya bila aku dah mula berkata-kata..ntah apa-apa dah aku merapu..cukup la sampai sini je ek? nanti lagi teruk aku merapu ni...babai..adios~

p/s  Nota perjalanan hidup

Tuesday, February 1, 2011

Assalamualaikum~


Duhai bintang yang bersinar terang
Indahnya cahayamu menyinari malam
Bertemankan deringan cengkerik yang berlagu sepi
Memecah keheningan dimalam yang sunyi
Dengarlah Si Cengkerik mula bernyanyi
Mencuba untuk merungkai sunyi
Cinta yang dulunya hadir
Kini telahpun berlalu pergi


Bintang yang dulunya terlihat terang
Kini hanya samar-samar kelihatan
Awan mendung berarak perlahan
Menutupi wajah indah bintang

Suara Si Cengkerik semakin hilang
Sepertinya sudah berputus asa
Pada bintang yang semakin suram
Meninggalkan malam yang semakin kelam


Si Kodok hadir memulakan dendangan
Seakan mengejek Si Cengkerik Hutan
Berlagu sumbang di malam kelam
Merayu-rayu hadirnya hujan

Berlalulah Si cengkerik pulang ke sarang
Bersama harapan yang kini terpendam
Si Kodok semakin galak berlagu sumbang
Bersama iringan titisan hujan

p/s   :  adakah Si Cengkerik akan terus berlagu apabila berhentinya hujan.. (-_-)