Thursday, November 25, 2010

RENDANG TAK BERBUAH

Tajuk lagu dendangan Hattan...lagu ni penuh dengan makna-makna tersirat, bergantung kepada pentafsiran masing-masing. Bagi Hamdan, lagu ni adalah salahsatu lagu yang paling dia suka..lagu ni banyak menyedarkan dia tentang erti hidup dan banyak mengingatkan dia agar sentiasa mentaati kedua ibubapa. Ayah...Ibu...terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kerana telah membesarkan dan memberikan didikan kepada anakmu ini..kini anakmu ini telah dewasa, sudah pandai berdiri atas kaki sendiri. Jasa ayah dan ibu selama ini pastinya tidak akan dapat aku balas walaupun diberikan masa selama seratus tahun..bisik hati Hamdan.

Haaa....teringat pula pagi tadi, awal aku bangun selepas tidurku dikala selesai menunaikan perintah ALLAH. Alarm telefonku berbunyi tepat jam 6 pagi..memang aku biasa set alarm pada jam 6 pagi, tapi kebiasaannya aku matikan alarm dan sambung tidur..haha ape nak jadi la anak teruna ni sorang..tapi hari ni tidak seperti hari-hari biasa, aku terus bangkit dari tilam bujang yang nipis dan menyakitkan belakang tu..entah kenapa hari ni aku boleh bangun awal. Suasana begitu hening..aku matikan suis kipas dinding dan berlalu keluar dari bilik, sunyi..tiada apa-apa kedengaran. Aku melangkah menuju ke pintu utama rumah, satu persatu selak aku buka..aku tolak grill yang tertutup rapat,bunyi geseran grill yang berkarat itu memecah kesunyian pagi..suasana diluar rumah sudah terang-benderang, ku lihat rumput hijau di hadapan rumah basah, sisa-sisa air pada daun pokok besar di depan rumah masih lagi berguguran..owhhh...hujan rupanya subuh tadi...

Aku melabuhkan punggung di atas lantai yang dingin sambil menungkat dagu, aku nikmati udara pagi yang terasa begitu segar..fikiranku kosong, aku lemparkan pandagan pada titis-titis air yang gugur ke bumi..setitis demi setitis menyembah bumi tuhan yang menghijau. Fikiranku melayang jauh terkenangkan kampung halaman nun jauh di seberang lautan..dipisahkan oleh Laut Cina Selatan yang begitu luas, tiba-tiba hati ini menagkap rasa pilu dan sayu, terbayang-bayang wajah ayah dan ibu. Apa la mereka sedang buat sekarang? persoalan itu menerjah dibenakku, mungkin sedang membaca kitab suci al-Quran..kerana kebiasaannya selepas mereka pulang dari solat subuh di surau yang hampir dengan rumah, itulah perkara pertama yang mereka lakukan..tergiang-ngiang di telingaku alunan merdu bacaan mereka, begitu indah dan mendamaikan.

Fikiranku melayang lagi, terkenangkan pula seseorang yang pernah bertakhta di hati ini satu ketika dulu dan sehingga kini..hati ini kadang-kadang masih lagi pandai membisikkan kata rindu padanya meskipun kini dia tiada lagi di alam yang fana ini..ternyata ALLAH lebih menyayanginya. Ya ALLAH...engkau tempatkanlah rohnya bersama-sama orang yang beriman..amin..FILDZAH yang bermaksud belahan hati atau belahan jiwa..sungguh indah namamu, seindah peribadi dan perwatakanmu yang bisa mencairkan hati mana-mana saja lelaki yang mengenalimu..sememangnya diawal pertemuan kita, begitu banyak rintangan dan saingan yang aku perlu tempuhi sebelum aku berjaya memenangi hatimu..mungkin kerana sifatku yang sukakan cabaran dan tidak mudah berputus asa membuatkan aku bejaya memenangi hatimu, kenangan bersamamu tidak pernah aku lupakan sehingga kini. Hampir dua tahun aku menyendiri sebelum aku berjumpa pengganti dirimu..

FILDZAH...seindah namamu..ternyata sehingga kini hanya kau seorang yang menjadi belahan jiwa ibuku...aku telah cuba sedaya upaya mencari pengganti dirimu, sepetimana pesanan terakhirmu sebelum engkau pergi "awak carilah pengganti diri saya..carilah yang lebih baik dari saya" masih terngiang-ngiang ditelingaku ungkapan ini..namun sehingga kini tiada seorangpun yang berjaya mencuri hati ibu..setiap kali aku bawa pengganti dirimu berjumpa ibu..ada saja yang tidak kena pada pandangan mata ibu..ayah? Macam biasa lah...bisu seribu bahasa.

Lamunanku terhenti, deringan talifon menerjah ke telingaku. Aku bergegas masuk ke bilik, terus ku capai talifon..ada pesanan masuk dari seseorang mengucapkan selamat pagi. Aku tersenyum lebar sambil membalas pesan ucapan selamat pagi itu, awak...maafkan saya...sebenarnya saya sudah penat dengan semua ni...rasanya  kini saya bukan lagi seorang lelaki yang pernah awak kenali suatu ketika dulu, saya sudah hampir berputus asa untuk mencari pengganti awak..ayah..ibu...orang yang hantar pesanan ni mungkin merupakan wanita terakhir yang akan saya kenalkan kepada ayah dan ibu..seandainya dia juga bukan pilihan hati ayah dan ibu..saya redha dengan keputusan itu..dan saya serahkan 100% kepada ayah dan ibu untuk memilih peneman hidup saya, saya akan terima dia seadanya...

Ya ALLAH..aku bermohon kepadamu..bukakanlah pintu hati ayah dan ibu agar dapat menerima dia seadanya..aku tidak sanggup lagi melihat seorang demi seorang wanita terluka hatinya kerana aku..amin~

Begitu khusyuk aku mendengar luahan hati sahabat yang sorang ni..semoga dirimu tabah dalam menghadapi dugaan dan rintangan di alam yang fana ini..amin~ (^_^)

Wednesday, November 24, 2010

Ceritera Si Gadis Cilik



Penat seorang ibu mengusung beban selama 9bulan 10hari..akhirnya lahirlah seorang lagi pewaris Adam & Hawa, penegak tiang agama nan suci lagi benar. Allah maha besar..segala puji bagiNYA tuhan sekian alam, lahirmu kedunia yang fana ini bersama NUR kebahagiaan dalam sebuah rumahtangga yang penuh rintangan dan dugaan..ditatang dan dimanja dari tapak kakimu selebar dua jari hinggalah kamu pandai berlari..

Cahaya Keberuntungan dan Kerajinan..begitu indah namamu dikurniakan, besarmu diiringi senyum tangis ibu dan bapa dalam penat lelah membesarkanmu..diasuh dan dijaga sepeti menjaga sebiji permata yang tidak ternilai harganya..tanpa disedari kini engkau telah menjadi seorang anak gadis yang comel dan lincah. Kau kutip..fahami dan pelajari setiap apa yang kau lalui dalam dunia yang penuh cabaran dan godaan ini. Semoga rahmat dan petunjuk dariNYA sentiasa mengiringi setiap langkah hidupmu, wahai Si Cilik..tabahkanlah hatimu dalam menjalani liku-liku hidup yang mendatang..kerana dunia ini hanyalah sementara..tempat di mana anak-anak adam menjalani ujian dariNYA sebelum dijemput kembali kepadaNYA.

Kini kau telah dewasa..sudah tiba masanya dimana setiap amalan baik burukmu dicatat, jagalah kesucian dirimu sebaik mungkin..tutupilah setiap inci tubuhmu mengikut nas-nas islam yang telah ditetapkan olehNYA. Sayang seandainya setiap inci tubuh cilik itu ditayangkan kepada mata-mata syaitan yang penuh nafsu..risau nanti akhir kisah hidupmu berakhir di dasar NERAKA jahanam yang telah dijanjikan olehNYA untuk setiap hamba yang mengingkari perintahNYA.

Diri ini percaya...suatu hari nanti akan muncul wajah baru Si Gadis Cilik yang berlitup rapi..lengkap bersama hijab yang menutup rapi mahkota yang tersergam indah diubun-ubunnya.

~ceritera Si Gadis Cilik~
~Kecil-kecil Cili Padi~

Sekian....

Thursday, November 11, 2010

OneRepublic - Secrets

 

I need another story
Something to get off my chest
My life gets kind of boring
Need something that i can confess

Till all my sleeves are stained red
From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw me wink, no, I've been on the brink, so

[CHORUS]
Tell me what you want to hear
Something that were like those years
I'm sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time
Don't need another perfect lie
Don't care if critics ever jump in line
I'm Gonna give all my secrets away

My God, amazing how we got this far
It's like were chasing all those stars
Who's driving shiny big black cars

And everyday I see the news
All the problems we could solve
And when a situation rises
Just write it into an album
http://www.elyricsworld.com/secrets_lyrics_onerepublic.html
?Singing straight to cold?
I don't really like my flow, no, so

[CHORUS]

Got no reason
Got no shame
Got no family
I can blame
Just don't let me disappear
I'ma tell you everything

[CHORUS x2]

All my secrets away (x2)

Cinta Di Bawah Bayu

CINTA~
Ia hadir tanpa dipaksa..walau sekuat manapun ditepis, ia tetap hadir dalam jiwa setiap insan..aku menyangkakan hati ini seteguh dinding logam..namun panasnya bahang asmara mencairkan dinding logam yang begitu kukuh..aku terpukau dek keindahan peribadinya..disaat hening malam, rindu semakin memuncak pada hilai tawanya..rajuk manjanya..ternyata kini aku tewas.

Setenang mana pun wajah ini..tetap tidak dapat menyembunyikan kesunyian yang bertandang di hati ini..semenjak ia menjauhkan diri..terasa begitu kosong dunia ini..tiada lagi hilai tawa..tiada lagi rajuk manja..yang ada hanyalah secebis kenangan disaat bersamanya..wajah yang lembut sebening embun pagi sentiasa bermain dimindaku..benar kata sahabatku.seceria mana pun wajah kau sewaktu bersukaria bersama kawan-kawan.. namun kau tetap tidak dapat menyembunyikan kesunyian di hati tatkala melihat rakan-rakan lain bergelak-tawa bersama pasangan mereka.

Tidakku sangka disebalik kelembutan wajahmu..sifat keanak-anakanmu..terbentuk segumpal hati yang begitu teguh mempertahankan pendirianmu untuk tetap pergi jauh dari sisiku..wahai angin malam yang bertiup lembut..kau sampaikanlah rasa rinduku padanya..wahai gerimis yang menitis sayu..hanyutkanlah rasa cintaku padanya..

Ya ALLAH..aku bermohon kepadamu..lindungilah dia dari segala bahaya...jauhkanlah dia dari segala perbuatan khianat dan dengki manusia..limpahilah dia dengan NUR pertunjukMU..peliharakanlah kesucian dirinya..engkau permudahkanlah segala urusannya..damaikanlah hatinya setenang air di kali..semoga dirinya sentiasa dilimpahi kebahagiaan..AMIN~

Tuesday, November 9, 2010

Life at Land Below the Wind

Gambar ni aku snap hujung bulan oktober haritu, permandangan Gunung Kinabalu sewaktu sunrise lbih kurang jam 6.00 a.m waktu Malaysia, tapi sayangnya awan tebal sangat..kenapa aku start citer pasal life aku kat sabah?? Sebenarnya aku teringin gak nk citer start dari kecik-kecik dulu tp dah bnyk precious moment yang aku lupa..so camne la aku nk citer kn? kn? kn? huhu...


Sabah..boleh dikatakan Sabah ni bukan lagi asing dalam kehidupan keluarga aku, bapa aku dulu seorang tentera..dia pernah menetap di Sabah ni tapi aku tak tau berapa tahun, lepas tu anak kedua dalam keluarga aku..kakak aku la..dia pun pernah menetap di Sabah gak, ikut suami dia juga seorang tentera..dan sekarang aku sebagai anak ke 6 dalam keluarga turut menetap di Sabah, tapi aku bukan bertugas sebagai tentera la..tak layak aku ni kalau nak jadi tentera...org cni cakap "paring" hahahaha siot jer...

Permulaan hidup aku di Sabah bermula apabila aku ditawarkan kerja under goverment, kena posting kat Sabah la...bertugas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Aku agak keliru pada permulaannya samada nak pergi atau tak, tapi bila fikir sekarang ni susah nak dapat kerja..dan fikir lagi dah penat kerja kilang, kerja direct seling..aku nekad apapun yang terjadi aku mesti pergi jugak. Orang pertama yang halang aku ialah mak aku sendiri..maybe mak takut aku sangkut ngan orang Sabah kot...hahaha ape la mak ni..pandai la saya jaga diri kat sana nanti mak...dah memang aku ni dari kecik jenis keras kepala..klu aku dah cakap aku nak...takde orang yang boleh halang aku..tapi tak la smua benda yang org halang 2 aku buat...tengok keadaan gak la

19 Mei 2008
akhirnya aku menjejakkan kaki di negeri dibawah bayu..happy sangat sebab aku bakal menimba pengalaman baru..sedikit sedih sebab aku tinggalkan jauh keluarga di kampung halaman, tapi demi sesuap nasi..apapun terjadi aku mesti tabah mengharunginya. Ramai gak yang posting sama-sama ngan aku hari 2..lebih kurang 30org smuanya..sesampainya di airport..ktorg survive sendiri je cari tempat menginap sementara sebab takde pun org JPN Sabah datang jemput, aku gerak dalam 8org..ambik teksi pusing-pusing KK cari hotel murah, hotel yang ktorg tinggal 2 nama dia RUBY INN..terletak di kampung air..kampung air ni blh dikategorikan sama macam chow kit dan bukit bintang la..banyak ayam hahaha...sempat gak la malam tu ktorg pusing-pusing kampung air 2..kebtulan lak kasut kerja aku tertinggal kat  KL..adooiii masalah btul, so mlm tu pusing-pusing la cari kasut kerja..lepas makan ktorg balik hotel terus tido..bangun pagi pertama di Sabah memang betul-betul meninggalkan kenangan yang xdapat di lupakan..buat aku sakit perut gelak sorang-sorang bila teringatkan peristiwa tu...errr~ xlarat dah aku nk tulis ni..lgpun banyak keje la..nanti aku sambung dalam 2nd part ok....tunggu~ haha :D peace..

Akhirnya tercapai....

Fuhhhh!! akhirnya tercapai juga keinginan aku untuk buka blog aku sendiri...yabedabedu!! haha gile lak dah...sebenarnya dah lama aku teringin buat blog, tp aku tak tau apa nk di isi dalam blog ni. Banyak sangat yang bermain diminda aku ni, sekarang pun aku masih lagi tercari-cari apa aku nak isi kat dalam blog aku ni.

Ada kawan-kawan cakap aku ni pandai menulis..ape la dorg ni..aku yang ting tong ni pun korang boleh cakap aku pandai menulis?? aiiyyooooo aammmaaaa.....haha..yang korang baca sebelum ni sebenarnya aku main hentam je la...bak kata si Labi... "hentam sajalah Labu...."

Tapi dalam blog ni mungkin aku akan coretkan kisah perjalan hidup aku kot...suka duka yang aku tempuhi di dunia yang penuh dugaan ini, dunia yang hanya sementara..tempat dimana semua manusia menempuh ujian sebelum kembali kepadaNYA..

Buat masa sekarang aku belum tau lagi nk mulakan dari mana..ntah ada orang baca ke tak la ni ek?? sape la nak baca cerita-cerita yang aku tulis nanti ni?? mmmmm.....tak pe la...aku tulis je nanti apa yang aku rasa nak tulis dalam ni..sekadar luahan hati kot...hahaha ting tong.... =))