Friday, February 25, 2011

Harapan yang Belum Pasti

Life is journey....

Pejam celik pejam celik...sudah hampir 3 tahun aku tinggal di sabah ni, begitu pantas masa berlalu. Bermacam-macam kenangan pahit manis telah aku tempuhi di sini, samada bersama kawan ataupun bersendirian..aku tetap menempuhinya dengan tabah. Teringat kembali keperitan sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di sabah ni, terpaksa survive bersama rakan-rakan yang baru dikenali ketika pertama kali menjejakkan kaki di lapangan terbang kota kinabalu. Rakan-rakan yang baru aku kenal tidak sampai 5 minit tapi kami tetap bersatu hati mencari arah di bandaraya kota kinabalu yang begitu asing bagi kami ketika itu, keakraban yang terjalin seolah-olah kami semua telah kenal bertahun lamanya antara satu sama lain.

Belum sempat berkenalan dengan lebih dekat lagi antara satu sama lain, kami terpaksa berpisah mengikut halatuju masing-masing yang telah ditetapkan. Alhamdulillah..kali ini aku tidak berseorangan, ada 2 orang lagi sahabat yang sama halatujunya dengan aku. Kupanjatkan doa kesyukuran kepada Maha Pencipta kerana telah mengirimkan 2 orang lagi sahabat sebagai peneman dalam langkah untuk menuju ke destinasi yang seterusnya.

Kini sudah hampir 3 tahun di sini..apa kabar berita rakan-rakan lain yang sama-sama datang ke sabah ni dulu? Mmmm...ade yang awal-awal lagi sudah lari pulang ke kampung sebab tidak tahan dengan kehidupan di sini..ada pula yang sudah dapat pulang bertugas di semenanjung..tidak kurang juga ada yang telah menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati orang sabah dan semestinya akan menetap di sini untuk satu tempoh masa yang lebih lama..namun apapun keadaan mereka, aku masih lagi setia di sini hingga ke hari ini.

Tapi sejak akhir-akhir ni aku rasakan macam tiada hati lagi untuk terus tinggal di sini, perasaan untuk pulang bertugas di semenanjung semakin membuak-buak dalam diri ini. Bila mengenangkan mak dan ayah yang hanya tinggal berdua di kampung tanpa ada seorang pun adik-beradik aku yang lain menjaga mereka di kala usia mereka yang semakin lanjut, rasanya seperti esok juga aku ingin pindah. Bimbang berlaku apa-apa perkara buruk terhadap mereka..Ya Allah..lindungilah kedua-dua orang tuaku..kurnikanlah kesihatan tubuh badan kepada mereka..amin~

Beberapa hari ni aku cuba mencari-cari sekolah yang berhampiran dengan kampung aku, yang memerlukan khidmat aku untuk bertugas di sana. Namun masih lagi belum ada jawapan yang menggembirakan hati ini, di kampung aku sendiri pun sudah ada yang mengisi jawatan tersebut..jadi terpaksalah aku mencari di kawasan sekitar yang tidak terlalu jauh dari kampung aku ni. Mudah-mudahan tidak lama lagi aku boleh mencurahkan bakti di negeri kelahiranku, dan harap-harap tidak jauh dari kampung halamanku..jadi bolehlah aku menjaga kedua orang tuaku kelak. Ya Allah..permudahkanlah urusan hambamu ini..amin~


No comments:

Post a Comment