Thursday, December 9, 2010

Aku Dia & Kenangan

Begitu pantas masa berlalu..tahun 2010 kini menghampiri penghujungnya, wajah 2011 semakin menampakkan dirinya..namu kenangan tetap kukuh terpahat di ingatan. Kenangan antara aku & dia selama setahun, rasanya tidak banyak kenangan antara aku & dia sepanjang perkenalan kami selama setahun ini..masing-masing berjauhan, susah nak jumpa, hanya internet dan talifon menjadi penghubung antara dua hati.

Bermula dari perkenalan biasa..menjadi teman tempat meluahkan perasaan susah senang hidup diperantauan, dan tanpa disedari kuntum-kuntum cinta mula memutik. Maka bermulalah perjalanan dalam sebuah persahabatan yang menuju ke arah jalan perpisahan..kenapa ke arah perpisahan?? kenapa tidak ke arah kebahagiaan?? Segala-galanya bakal terjawab nanti, mungkin inilah takdir kisah persahabatan antara dua hati..perasaan cinta yang tidak pernah dilafazkan secara zahir disebabkan terhalang oleh kedua orang tua, namun jauh disudut hati..kedua-duanya tahu akan hadirnya bibit-bibit cinta antara dua hati.

Tiga kali pertemuan..hanya itu sahaja kenangan yang ada, tapi rasanya cukup bermakna. Kali pertama aku keluar besamanya, aku menjemputnya di rumah..ditemani oleh adiknya..cuma jalan-jalan biasa, selesaikan 1 perkara kemudian terus pulang..tiada apa-apa yang istimewa rasanya, biasalah kali pertama.

Untuk kali keduanya kami keluar, pun aku menjemputnya di rumah atas tujuan ingin ke pekan membeli kek dan barang-barang lain utk persiapan hari lahir salah seorang adiknya. Selepas selesai membeli kek dan barang-barang keperluan, singgah kejap makan satay kat kedai di pekan tu kemudian baru berangkat pulang. Dalam perjalanan pulang, sempat lagi singgah di Pantai Kenangan. Lepak-lepak, ambil gambar sambil bergurau senda ditemani sang bayu yang bertiup lembut, what a nice moment...nama pun Pantai Kenangan, sememangnya akan menjadi kenangan sampai bila-bila.

Untuk kali terakhir berjumpanya..boleh dikatakan saat yang paling indah sepanjang perkenalan kami, ini bagi aku..bagi dia? Aku tidak tahu..hanya dia dan allah yang tahu, dan bagi orang lain? Rasanya bagi orang lain hanyalah satu pertemuan biasa je kot..huhu...kali ni hampir seminggu kami bersama kerana dia ikut aku pulang ke kampung halamanku atas alasan ingin menghadiri majlis perkahwinan abangku dan menghadiri majlis ulangtahun pertama penubuhan sebuah persatuan yang aku tubuhkan.

Begitu banyak kenangan suka-duka yang tercipta sepanjang hampir seminggu dia berada dikampung halamanku, shopping, jalan-jalan melawat replika monument yang ada di segenap pelusuk dunia, mandi-manda bersama dua org lagi sahabat di salah sebuah air terjun yang terkenal di negeri tempat lahirku, lepak-lepak di pantai yang paling popular di negeriku, dan bermacam-macam lagi aktiviti yang kami lakukan bersama. Dalam pada saat-saat indah yang kami lalui bersama..terselit juga satu kisah sedih yang membuatkan airmataku gugur dihapannya, tapi aku tidak tahu samada dia persan atau tidak.

Seminggu telahpun berlalu..tiba saatnya kami harus berpisah dan lalui hari-hari yang membosankan sepeti sediakala. Bertempat di lapangan terbang LCCT..sempat lagi bergurau senda dan bergambar untuk kali yang terakhir. Sudah ku rancang awal-awal lagi  supaya dia bertolak terlebih dulu dari aku kerana aku ingin pastikan dia pergi dengan selamat, dan bila tiba masanya untuk dia berangkat pergi..langkahnya diringi dengan titisan airmata yang gugur dipipinya, aku hanya mampu memandang dia berlalu pergi sambil menunggu saat untuk aku pula berlepas. Aku sangkakan ini adalah hanya perpisahan sementara antara kami..rupa-rupanya ini adalah merupakan titik tolak pertemuan kami yang terakhir..dan aku rasakan mungkin inilah pertemua kami yang terakhir dan tiada lagi untuk yang seterusnya.

~mungkin inilah takdir kisah hidup antara dua hati~

Ya ALLAH...damaikanlah hatinya setenang air di kali dalam menempuhi cabaran hidupnya dihari-hari yang mendatang...pertemukanlah dia dengan hambaMU yang sentiasa mentaati perintahMU....AMIN~ (-_-)

1 comment: