Friday, December 17, 2010

Kala Hati Berlagu Sepi

Mmmmm...lamanya tak post entry baru...sibuk skit akhir-akhir ni, tak sempat nak mengadap laptop pun. Kala hati berlagu sepi...apa ada pada ayat ni? Kalau dulu waktu aku sunyi..aku suka dengar lagu, tp sekarang aku ada hobi baru untuk hilangkan rasa sunyi ni..sekarang ni aku suka ambik gambar..bla aku rasa sunyi aku keluar ambik gambar. Memang tenang sangat waktu tu, keindahan alam ciptaan ALLAH sungguh menakjubkan..melalui gambar kita dapat merakam suasana yang tidak mungkin akan berulang lagi kerana masa sentiasa berjalan dan tidak akan berundur walaupun sesaat.


Aku paling suka gambar di pantai, begitu mendamaikan..tambahan bila sang bayu bertiup lembut..terasa seperti berada di awan-awangan..huhu :) dua keping gambar sunset ni aku shoot kat pantai kenangan yang begitu banyak kenangannya sama macam nama pantai ni gak haha..pantai ni xjauh dari rumah sewa aku kt sabah ni

Gambar ni aku shoot masa jalan-jalan lepas pergi festival Tamu Besar di Kota Belud, ni adalah pantai Kuala Abai. Sebenarnya time ni hati aku tengah serabut sebab masa kat festival tu aku ternampak "seseorang" tp aku hanya memandang dari jauh je..sebab aku tak nak kegembiraan dia terganggu dengan kehadiran aku yang tidak dirancang ketika itu fuhh!!~ hahaha (^_^)


Gambar ni hasil shoot di Kg atas air Tanjung Aru, tempat ni bersebelahan dengan hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Kebetulan time ni memang boring giler..xtau nk buat ape dah kat rumah. Ngam pulak kawan aku baru beli reflector..so ape lg..test la guna reflector tu..huhu memang best!!

Rasanya ni je la dulu gambar-gambar sebahagian dari koleksi aku, nti kalau ade lagi yang baru aku upload la kat sini...babai... (^_^)

No comments:

Post a Comment