Thursday, November 25, 2010

RENDANG TAK BERBUAH

Tajuk lagu dendangan Hattan...lagu ni penuh dengan makna-makna tersirat, bergantung kepada pentafsiran masing-masing. Bagi Hamdan, lagu ni adalah salahsatu lagu yang paling dia suka..lagu ni banyak menyedarkan dia tentang erti hidup dan banyak mengingatkan dia agar sentiasa mentaati kedua ibubapa. Ayah...Ibu...terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kerana telah membesarkan dan memberikan didikan kepada anakmu ini..kini anakmu ini telah dewasa, sudah pandai berdiri atas kaki sendiri. Jasa ayah dan ibu selama ini pastinya tidak akan dapat aku balas walaupun diberikan masa selama seratus tahun..bisik hati Hamdan.

Haaa....teringat pula pagi tadi, awal aku bangun selepas tidurku dikala selesai menunaikan perintah ALLAH. Alarm telefonku berbunyi tepat jam 6 pagi..memang aku biasa set alarm pada jam 6 pagi, tapi kebiasaannya aku matikan alarm dan sambung tidur..haha ape nak jadi la anak teruna ni sorang..tapi hari ni tidak seperti hari-hari biasa, aku terus bangkit dari tilam bujang yang nipis dan menyakitkan belakang tu..entah kenapa hari ni aku boleh bangun awal. Suasana begitu hening..aku matikan suis kipas dinding dan berlalu keluar dari bilik, sunyi..tiada apa-apa kedengaran. Aku melangkah menuju ke pintu utama rumah, satu persatu selak aku buka..aku tolak grill yang tertutup rapat,bunyi geseran grill yang berkarat itu memecah kesunyian pagi..suasana diluar rumah sudah terang-benderang, ku lihat rumput hijau di hadapan rumah basah, sisa-sisa air pada daun pokok besar di depan rumah masih lagi berguguran..owhhh...hujan rupanya subuh tadi...

Aku melabuhkan punggung di atas lantai yang dingin sambil menungkat dagu, aku nikmati udara pagi yang terasa begitu segar..fikiranku kosong, aku lemparkan pandagan pada titis-titis air yang gugur ke bumi..setitis demi setitis menyembah bumi tuhan yang menghijau. Fikiranku melayang jauh terkenangkan kampung halaman nun jauh di seberang lautan..dipisahkan oleh Laut Cina Selatan yang begitu luas, tiba-tiba hati ini menagkap rasa pilu dan sayu, terbayang-bayang wajah ayah dan ibu. Apa la mereka sedang buat sekarang? persoalan itu menerjah dibenakku, mungkin sedang membaca kitab suci al-Quran..kerana kebiasaannya selepas mereka pulang dari solat subuh di surau yang hampir dengan rumah, itulah perkara pertama yang mereka lakukan..tergiang-ngiang di telingaku alunan merdu bacaan mereka, begitu indah dan mendamaikan.

Fikiranku melayang lagi, terkenangkan pula seseorang yang pernah bertakhta di hati ini satu ketika dulu dan sehingga kini..hati ini kadang-kadang masih lagi pandai membisikkan kata rindu padanya meskipun kini dia tiada lagi di alam yang fana ini..ternyata ALLAH lebih menyayanginya. Ya ALLAH...engkau tempatkanlah rohnya bersama-sama orang yang beriman..amin..FILDZAH yang bermaksud belahan hati atau belahan jiwa..sungguh indah namamu, seindah peribadi dan perwatakanmu yang bisa mencairkan hati mana-mana saja lelaki yang mengenalimu..sememangnya diawal pertemuan kita, begitu banyak rintangan dan saingan yang aku perlu tempuhi sebelum aku berjaya memenangi hatimu..mungkin kerana sifatku yang sukakan cabaran dan tidak mudah berputus asa membuatkan aku bejaya memenangi hatimu, kenangan bersamamu tidak pernah aku lupakan sehingga kini. Hampir dua tahun aku menyendiri sebelum aku berjumpa pengganti dirimu..

FILDZAH...seindah namamu..ternyata sehingga kini hanya kau seorang yang menjadi belahan jiwa ibuku...aku telah cuba sedaya upaya mencari pengganti dirimu, sepetimana pesanan terakhirmu sebelum engkau pergi "awak carilah pengganti diri saya..carilah yang lebih baik dari saya" masih terngiang-ngiang ditelingaku ungkapan ini..namun sehingga kini tiada seorangpun yang berjaya mencuri hati ibu..setiap kali aku bawa pengganti dirimu berjumpa ibu..ada saja yang tidak kena pada pandangan mata ibu..ayah? Macam biasa lah...bisu seribu bahasa.

Lamunanku terhenti, deringan talifon menerjah ke telingaku. Aku bergegas masuk ke bilik, terus ku capai talifon..ada pesanan masuk dari seseorang mengucapkan selamat pagi. Aku tersenyum lebar sambil membalas pesan ucapan selamat pagi itu, awak...maafkan saya...sebenarnya saya sudah penat dengan semua ni...rasanya  kini saya bukan lagi seorang lelaki yang pernah awak kenali suatu ketika dulu, saya sudah hampir berputus asa untuk mencari pengganti awak..ayah..ibu...orang yang hantar pesanan ni mungkin merupakan wanita terakhir yang akan saya kenalkan kepada ayah dan ibu..seandainya dia juga bukan pilihan hati ayah dan ibu..saya redha dengan keputusan itu..dan saya serahkan 100% kepada ayah dan ibu untuk memilih peneman hidup saya, saya akan terima dia seadanya...

Ya ALLAH..aku bermohon kepadamu..bukakanlah pintu hati ayah dan ibu agar dapat menerima dia seadanya..aku tidak sanggup lagi melihat seorang demi seorang wanita terluka hatinya kerana aku..amin~

Begitu khusyuk aku mendengar luahan hati sahabat yang sorang ni..semoga dirimu tabah dalam menghadapi dugaan dan rintangan di alam yang fana ini..amin~ (^_^)

No comments:

Post a Comment