Wednesday, November 24, 2010

Ceritera Si Gadis Cilik



Penat seorang ibu mengusung beban selama 9bulan 10hari..akhirnya lahirlah seorang lagi pewaris Adam & Hawa, penegak tiang agama nan suci lagi benar. Allah maha besar..segala puji bagiNYA tuhan sekian alam, lahirmu kedunia yang fana ini bersama NUR kebahagiaan dalam sebuah rumahtangga yang penuh rintangan dan dugaan..ditatang dan dimanja dari tapak kakimu selebar dua jari hinggalah kamu pandai berlari..

Cahaya Keberuntungan dan Kerajinan..begitu indah namamu dikurniakan, besarmu diiringi senyum tangis ibu dan bapa dalam penat lelah membesarkanmu..diasuh dan dijaga sepeti menjaga sebiji permata yang tidak ternilai harganya..tanpa disedari kini engkau telah menjadi seorang anak gadis yang comel dan lincah. Kau kutip..fahami dan pelajari setiap apa yang kau lalui dalam dunia yang penuh cabaran dan godaan ini. Semoga rahmat dan petunjuk dariNYA sentiasa mengiringi setiap langkah hidupmu, wahai Si Cilik..tabahkanlah hatimu dalam menjalani liku-liku hidup yang mendatang..kerana dunia ini hanyalah sementara..tempat di mana anak-anak adam menjalani ujian dariNYA sebelum dijemput kembali kepadaNYA.

Kini kau telah dewasa..sudah tiba masanya dimana setiap amalan baik burukmu dicatat, jagalah kesucian dirimu sebaik mungkin..tutupilah setiap inci tubuhmu mengikut nas-nas islam yang telah ditetapkan olehNYA. Sayang seandainya setiap inci tubuh cilik itu ditayangkan kepada mata-mata syaitan yang penuh nafsu..risau nanti akhir kisah hidupmu berakhir di dasar NERAKA jahanam yang telah dijanjikan olehNYA untuk setiap hamba yang mengingkari perintahNYA.

Diri ini percaya...suatu hari nanti akan muncul wajah baru Si Gadis Cilik yang berlitup rapi..lengkap bersama hijab yang menutup rapi mahkota yang tersergam indah diubun-ubunnya.

~ceritera Si Gadis Cilik~
~Kecil-kecil Cili Padi~

Sekian....

No comments:

Post a Comment