Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
Monday, October 31, 2011
Wednesday, July 27, 2011
Andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara
Andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman
Andai diri ini taman tasik
sang pirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya
sang pirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya
Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali
sedikitpun tidakku menyesali
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela terpatri cinta suci
Thursday, May 5, 2011
Friday, March 11, 2011
Masa berlalu begitu pantas..suka-duka silih berganti..dugaan dihadapi dengan tabah, hidup ini penuh dengan perkara yang tidak kita jangkakan. Lain yang diharapkan..tapi lain pula yang terjadi, kadang-kadang kita leka dengan perasaan sendiri..inilah realiti kehidupan. Namun apapun yang terjadi..pasti ada hikmah disebaliknya, kerana perancangan yang mahal pencipta adalah yang terbaik buat hambanya.
Aku ingin kau tahu bahawa aku tidak pernah menyalahkan dirimu di atas apa yang terjadi sepanjang perkenalan kita, tapi ada satu persoalan yang sehingga kini masih lagi belum ku temukan jawapannya. Apa sebenarnya yang dirimu inginkan pada diri ini? Hari demi hari aku rasakan seperti aku makin tidak mengenali dirimu.
Tidak pernah sedetikpun terlintas di hati untuk lari dari semua ini, tidak juga aku menutup hati ini untuk dimiliki oleh sesiapapun. Cuma diri ini belum bersedia..bagaimana untuk aku menerima satu tanggungjawab yang begitu besar sedangkan diri sendiri pun tidak tertanggung.
Bolehkah kiranya aku meminta jawapan pada persoalan yang selama ini bermain di fikiranku?
Keliru?
Friday, February 25, 2011
Life is journey....
Pejam celik pejam celik...sudah hampir 3 tahun aku tinggal di sabah ni, begitu pantas masa berlalu. Bermacam-macam kenangan pahit manis telah aku tempuhi di sini, samada bersama kawan ataupun bersendirian..aku tetap menempuhinya dengan tabah. Teringat kembali keperitan sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di sabah ni, terpaksa survive bersama rakan-rakan yang baru dikenali ketika pertama kali menjejakkan kaki di lapangan terbang kota kinabalu. Rakan-rakan yang baru aku kenal tidak sampai 5 minit tapi kami tetap bersatu hati mencari arah di bandaraya kota kinabalu yang begitu asing bagi kami ketika itu, keakraban yang terjalin seolah-olah kami semua telah kenal bertahun lamanya antara satu sama lain.
Belum sempat berkenalan dengan lebih dekat lagi antara satu sama lain, kami terpaksa berpisah mengikut halatuju masing-masing yang telah ditetapkan. Alhamdulillah..kali ini aku tidak berseorangan, ada 2 orang lagi sahabat yang sama halatujunya dengan aku. Kupanjatkan doa kesyukuran kepada Maha Pencipta kerana telah mengirimkan 2 orang lagi sahabat sebagai peneman dalam langkah untuk menuju ke destinasi yang seterusnya.
Kini sudah hampir 3 tahun di sini..apa kabar berita rakan-rakan lain yang sama-sama datang ke sabah ni dulu? Mmmm...ade yang awal-awal lagi sudah lari pulang ke kampung sebab tidak tahan dengan kehidupan di sini..ada pula yang sudah dapat pulang bertugas di semenanjung..tidak kurang juga ada yang telah menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati orang sabah dan semestinya akan menetap di sini untuk satu tempoh masa yang lebih lama..namun apapun keadaan mereka, aku masih lagi setia di sini hingga ke hari ini.
Tapi sejak akhir-akhir ni aku rasakan macam tiada hati lagi untuk terus tinggal di sini, perasaan untuk pulang bertugas di semenanjung semakin membuak-buak dalam diri ini. Bila mengenangkan mak dan ayah yang hanya tinggal berdua di kampung tanpa ada seorang pun adik-beradik aku yang lain menjaga mereka di kala usia mereka yang semakin lanjut, rasanya seperti esok juga aku ingin pindah. Bimbang berlaku apa-apa perkara buruk terhadap mereka..Ya Allah..lindungilah kedua-dua orang tuaku..kurnikanlah kesihatan tubuh badan kepada mereka..amin~
Beberapa hari ni aku cuba mencari-cari sekolah yang berhampiran dengan kampung aku, yang memerlukan khidmat aku untuk bertugas di sana. Namun masih lagi belum ada jawapan yang menggembirakan hati ini, di kampung aku sendiri pun sudah ada yang mengisi jawatan tersebut..jadi terpaksalah aku mencari di kawasan sekitar yang tidak terlalu jauh dari kampung aku ni. Mudah-mudahan tidak lama lagi aku boleh mencurahkan bakti di negeri kelahiranku, dan harap-harap tidak jauh dari kampung halamanku..jadi bolehlah aku menjaga kedua orang tuaku kelak. Ya Allah..permudahkanlah urusan hambamu ini..amin~
Friday, February 11, 2011
The remains of a leftover dream were trempled on..they were stopped by a whimsical death god, you acted coldly as you walked past me. I shall stretch my hand to real you in, so that i could return your foolish self back to normal. Sever the rules within thin violant galaxy, the theme of life has also broken away and is fading into oblivion. We hate the line yet we exceed it as we remember the days fondly..something caused us to wild. I still don't know the meaning of the things that i did..the feelings that i should have already abandoned were revived, as i pretend to be calm. I hid that hastening irritation..there aren't any feelings, yet something is raging in the night air. That's is why your heart can't keep up, the loneliness that i didn't fight back is raging on stronger than before. Why do you exist outside of the light? Come on..notice it. Maybe a carefree way of living isn't that bad, i was laughed at and hated. I don't know what the future holds, but i felt loved even though i was alone...
Life is journey~
Wednesday, February 9, 2011
Saturday, February 5, 2011
Friday, February 4, 2011
Teman tapi mesra..sebuah lagu dendangan artis indonesia yang satu ketika dulu sangat popular, sentiasa kedengaran bermain di radio dan selalu menjadi siulan anak-anak muda hingga la kanak-kanak di Malaysia ni. Berapa ramaikah yang betul-betul faham maksud tersirat yang ada pada lagu ni? Lagu ni merupakan lagu yang penuh dengan pengertian jika betul-betul kita faham, lagu tentang kehidupan. Bagi aku lagu ni mengajar tentang perhubungan antara lelaki dan wanita.
Sudah termaktub manusia dijadikan berpasangan, ada lelaki dan wanita..dan antara lelaki dan wanita ni sifatnya seperti magnet kutub utara dan selatan. Saling menarik antara satu sama lain, dan aku sememangnya tidak percaya pada "bestfriend" antara lelaki dan wanita sebab dari dulu lagi aku perhatikan, sejak dari aku kenal arti cinta..sememangnya antara lelaki dan wanita tidak boleh menjadi bestfriend sebab dalam kita tidak sedar pasti akan timbul rasa cinta, dan bermula dari sini la akan timbul bermacam-macam masalah antara dua insan ini. Lebih memburukkan keadaan, secara tidak langsung ia akan melibatkan orang ketiga dan juga orang-orang di sekelilingnya.
Begitu juga dengan hubungan antara Abang angkat dan Adik angkat (perempuan), orang selalu cakap "mula-mula abang n adik angkat..lepas tu terangkat" ni pun selalu terjadi..dan situasinya tetap sama dengan cerita di atas iaitu antara lelaki dan wanita tidak boleh menjadi kawan yang terlalu rapat. Tapi apa pun alasannya..salah seorang baik yang lelaki mahupun perempuan mestilah pandai memainkan peranannya dalam setiap hubungan barulah tidak terjadi seperti perkara di atas, salah seorang mestilahlah bijak untuk mengatur hubungan persahabatan yang terjalin..tapi pasti ada yang tidak setuju dengan apa yang aku cakap ni kan?
"Tak kenal maka tak cinta" memang ada betulnya kata-kata tu..tapi agak-agak lakan, kalau memang ko dah tau kawan ko tu dah ada kekasih hati..yang ko sebuk-sebuk nak berkawan rapat sangat dengan dia tu apakejadahnya..kalau si dia single? pandai-pandai la ko mengayat..jangat pulak ko buat-buat2 baik ada makna...tunjukkanlah keikhlasan ko tu nak berkawan dengan dia..tunjukkan diri ko yang sebenar la, klu si dia tak dapat terima redha je la dan perbaiki la kelemahan diri ko tu..kalau ditakdirkan orang lain lebih dulu dapat dia pun ko kena la redha jugak..dah memang tu jodoh dia, jangan la ada niat tak elok nak rosakkan hubungan mereka..ramai lagi manusia kat atas bumi ni..
Nah ambik ko..ni la jadinya bila aku dah mula berkata-kata..ntah apa-apa dah aku merapu..cukup la sampai sini je ek? nanti lagi teruk aku merapu ni...babai..adios~
p/s Nota perjalanan hidup

Tuesday, February 1, 2011
Assalamualaikum~
Duhai bintang yang bersinar terang
Indahnya cahayamu menyinari malam
Bertemankan deringan cengkerik yang berlagu sepi
Memecah keheningan dimalam yang sunyi
Dengarlah Si Cengkerik mula bernyanyi
Mencuba untuk merungkai sunyi
Cinta yang dulunya hadir
Kini telahpun berlalu pergi
Bintang yang dulunya terlihat terang
Kini hanya samar-samar kelihatan
Awan mendung berarak perlahan
Menutupi wajah indah bintang
Suara Si Cengkerik semakin hilang
Sepertinya sudah berputus asa
Pada bintang yang semakin suram
Meninggalkan malam yang semakin kelam
Si Kodok hadir memulakan dendangan
Seakan mengejek Si Cengkerik Hutan
Berlagu sumbang di malam kelam
Merayu-rayu hadirnya hujan
Berlalulah Si cengkerik pulang ke sarang
Bersama harapan yang kini terpendam
Si Kodok semakin galak berlagu sumbang
Bersama iringan titisan hujan
p/s : adakah Si Cengkerik akan terus berlagu apabila berhentinya hujan.. (-_-)
Thursday, January 20, 2011
Belajar dan terus belajar...huhu~
Ni la keje time boring...huhu
Ni lak gambar kawin kawan aku yg aku shoot di Sipitang, Sabah.
Ni lak kwn aku yang kawin di Sipitang tu gak..dah berubah jadi butterfly fairy...huhu
Salah satu hobi baru selain dari ambil gambar, part in editing la...bila dah siap..tengok hasil dia..fuh!! Tapi masih banyak lagi yang perlu di belajar.
Life...it's full of anticipation..everyone will face it but maybe not in the same situation, whatever it is..it's depends on you.how did u handel the situation, it need lots of patient. errrrrr~ excuse me...can i continue in malay? i'm not good in english hehehe... :p
Aku juga seperti insan lain..hari-hari yang aku lalui penuh dengan rintangan..suka duka yang aku lalui dalam setiap hela nafasku mengajar aku arti kehidupan, makin aku mengenali dunia yang hanya sementara ni..makin banyak dugaan dan cabaran yang aku perlu tempuhi. Kadang-kadang rasanya seperti tidak tertanggung lagi dengan dugaan yang aku harus tempuhi ni, mujurlah aku ada tempat mengadu. Setiap hari aku mengadu kepadaNYA..minta dipermudahkan segala urusan, minta diberikan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang DIA berikan, hanya kepadaNYA tempat aku mengadu nasib dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar ini..dunia yang semakin hampir ke penghujung.
Mmmmm...terlalu banyak yang bermain difikiran aku sekarang ni..sampaikan aku tak tau dah nk cakap ape kat sini, terlalu banyak yang ingin aku perkatakan sampaikan aku tak tau mana satu dah aku nak cakap. Rasanya baik aku berenti takat ni je la..rasanya macam nk berenti dh dari menulis ni huhu..maybe ni entry aku yang terakhir...
Salam kemaafan buat semua walaupun tak ada orang baca... (^_^)

Tuesday, January 11, 2011
Mom..Dad..i know you can't read what i said here in english, but i hope someone can translate all this to you two. I've somethings to tell..
First
Mom..i want to say thanks to you for give birth of me, i'm really appreaciate that. I'm really proud of you and dad coz you two able to raise the six of us, but i don't know wether the six of us are able to take care of you two till the end. Mom...Dad...i hope you two have the opportunity to read this, but once again i don't kwon wether i'm still here or not when the time you two read this.
Second
I beg your pardon for making lot's of trouble to you two. Mom...i fell soo regret that i made you cry...and i'm regrettable coz i've embarrass you Dad...i fell that from the six of us, i'm the worst son that you ever have. Sorry for all the trouble that i've done all this time.
Third
Mom...Dad...i know that i'll never ever can pay back all the cost that you two use to raise me all this time and i know that i'll never can pay back all the love that you've given to me, but i would never leave it just like that. I've already leave something to both of you, i know it's nothings to compare with everything that both of you give to me all this time. Someone will come and give that thing to you two, and i hope it's wort it.
- your naughty son -
Monday, December 27, 2010
Bintang malam kemanakah ia gerangan?
Tak sedikitpun ia meninggalkan jejak
juga bayang… siang atau malam
Adakah rindu ini harus kugenggam,
Hingga esok hari kujelang…
Tak sedikitpun ia meninggalkan jejak
juga bayang… siang atau malam
Adakah rindu ini harus kugenggam,
Hingga esok hari kujelang…
Ku menyayanginya dari lubuk hati
Tetap merindunya meskipun telah pergi
Ku hanya ingin melihat, namun itu pun tak mungkin lagi
Tidakkah rasa ini seharusnya mati
Tetap merindunya meskipun telah pergi
Ku hanya ingin melihat, namun itu pun tak mungkin lagi
Tidakkah rasa ini seharusnya mati
dan hilang dari hidupku ini...
Monday, December 20, 2010
Friday, December 17, 2010
Mmmmm...lamanya tak post entry baru...sibuk skit akhir-akhir ni, tak sempat nak mengadap laptop pun. Kala hati berlagu sepi...apa ada pada ayat ni? Kalau dulu waktu aku sunyi..aku suka dengar lagu, tp sekarang aku ada hobi baru untuk hilangkan rasa sunyi ni..sekarang ni aku suka ambik gambar..bla aku rasa sunyi aku keluar ambik gambar. Memang tenang sangat waktu tu, keindahan alam ciptaan ALLAH sungguh menakjubkan..melalui gambar kita dapat merakam suasana yang tidak mungkin akan berulang lagi kerana masa sentiasa berjalan dan tidak akan berundur walaupun sesaat.
Aku paling suka gambar di pantai, begitu mendamaikan..tambahan bila sang bayu bertiup lembut..terasa seperti berada di awan-awangan..huhu :) dua keping gambar sunset ni aku shoot kat pantai kenangan yang begitu banyak kenangannya sama macam nama pantai ni gak haha..pantai ni xjauh dari rumah sewa aku kt sabah ni
Gambar ni aku shoot masa jalan-jalan lepas pergi festival Tamu Besar di Kota Belud, ni adalah pantai Kuala Abai. Sebenarnya time ni hati aku tengah serabut sebab masa kat festival tu aku ternampak "seseorang" tp aku hanya memandang dari jauh je..sebab aku tak nak kegembiraan dia terganggu dengan kehadiran aku yang tidak dirancang ketika itu fuhh!!~ hahaha (^_^)
Gambar ni hasil shoot di Kg atas air Tanjung Aru, tempat ni bersebelahan dengan hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Kebetulan time ni memang boring giler..xtau nk buat ape dah kat rumah. Ngam pulak kawan aku baru beli reflector..so ape lg..test la guna reflector tu..huhu memang best!!
Rasanya ni je la dulu gambar-gambar sebahagian dari koleksi aku, nti kalau ade lagi yang baru aku upload la kat sini...babai... (^_^)
Thursday, December 9, 2010
Begitu pantas masa berlalu..tahun 2010 kini menghampiri penghujungnya, wajah 2011 semakin menampakkan dirinya..namu kenangan tetap kukuh terpahat di ingatan. Kenangan antara aku & dia selama setahun, rasanya tidak banyak kenangan antara aku & dia sepanjang perkenalan kami selama setahun ini..masing-masing berjauhan, susah nak jumpa, hanya internet dan talifon menjadi penghubung antara dua hati.
Bermula dari perkenalan biasa..menjadi teman tempat meluahkan perasaan susah senang hidup diperantauan, dan tanpa disedari kuntum-kuntum cinta mula memutik. Maka bermulalah perjalanan dalam sebuah persahabatan yang menuju ke arah jalan perpisahan..kenapa ke arah perpisahan?? kenapa tidak ke arah kebahagiaan?? Segala-galanya bakal terjawab nanti, mungkin inilah takdir kisah persahabatan antara dua hati..perasaan cinta yang tidak pernah dilafazkan secara zahir disebabkan terhalang oleh kedua orang tua, namun jauh disudut hati..kedua-duanya tahu akan hadirnya bibit-bibit cinta antara dua hati.
Tiga kali pertemuan..hanya itu sahaja kenangan yang ada, tapi rasanya cukup bermakna. Kali pertama aku keluar besamanya, aku menjemputnya di rumah..ditemani oleh adiknya..cuma jalan-jalan biasa, selesaikan 1 perkara kemudian terus pulang..tiada apa-apa yang istimewa rasanya, biasalah kali pertama.
Untuk kali keduanya kami keluar, pun aku menjemputnya di rumah atas tujuan ingin ke pekan membeli kek dan barang-barang lain utk persiapan hari lahir salah seorang adiknya. Selepas selesai membeli kek dan barang-barang keperluan, singgah kejap makan satay kat kedai di pekan tu kemudian baru berangkat pulang. Dalam perjalanan pulang, sempat lagi singgah di Pantai Kenangan. Lepak-lepak, ambil gambar sambil bergurau senda ditemani sang bayu yang bertiup lembut, what a nice moment...nama pun Pantai Kenangan, sememangnya akan menjadi kenangan sampai bila-bila.
Untuk kali terakhir berjumpanya..boleh dikatakan saat yang paling indah sepanjang perkenalan kami, ini bagi aku..bagi dia? Aku tidak tahu..hanya dia dan allah yang tahu, dan bagi orang lain? Rasanya bagi orang lain hanyalah satu pertemuan biasa je kot..huhu...kali ni hampir seminggu kami bersama kerana dia ikut aku pulang ke kampung halamanku atas alasan ingin menghadiri majlis perkahwinan abangku dan menghadiri majlis ulangtahun pertama penubuhan sebuah persatuan yang aku tubuhkan.
Begitu banyak kenangan suka-duka yang tercipta sepanjang hampir seminggu dia berada dikampung halamanku, shopping, jalan-jalan melawat replika monument yang ada di segenap pelusuk dunia, mandi-manda bersama dua org lagi sahabat di salah sebuah air terjun yang terkenal di negeri tempat lahirku, lepak-lepak di pantai yang paling popular di negeriku, dan bermacam-macam lagi aktiviti yang kami lakukan bersama. Dalam pada saat-saat indah yang kami lalui bersama..terselit juga satu kisah sedih yang membuatkan airmataku gugur dihapannya, tapi aku tidak tahu samada dia persan atau tidak.
Seminggu telahpun berlalu..tiba saatnya kami harus berpisah dan lalui hari-hari yang membosankan sepeti sediakala. Bertempat di lapangan terbang LCCT..sempat lagi bergurau senda dan bergambar untuk kali yang terakhir. Sudah ku rancang awal-awal lagi supaya dia bertolak terlebih dulu dari aku kerana aku ingin pastikan dia pergi dengan selamat, dan bila tiba masanya untuk dia berangkat pergi..langkahnya diringi dengan titisan airmata yang gugur dipipinya, aku hanya mampu memandang dia berlalu pergi sambil menunggu saat untuk aku pula berlepas. Aku sangkakan ini adalah hanya perpisahan sementara antara kami..rupa-rupanya ini adalah merupakan titik tolak pertemuan kami yang terakhir..dan aku rasakan mungkin inilah pertemua kami yang terakhir dan tiada lagi untuk yang seterusnya.
Ya ALLAH...damaikanlah hatinya setenang air di kali dalam menempuhi cabaran hidupnya dihari-hari yang mendatang...pertemukanlah dia dengan hambaMU yang sentiasa mentaati perintahMU....AMIN~ (-_-)

~mungkin inilah takdir kisah hidup antara dua hati~
Ya ALLAH...damaikanlah hatinya setenang air di kali dalam menempuhi cabaran hidupnya dihari-hari yang mendatang...pertemukanlah dia dengan hambaMU yang sentiasa mentaati perintahMU....AMIN~ (-_-)
Thursday, December 2, 2010
Dalam pada berusaha untuk melelapkan mata tadi..fikiranku menangkap satu peristiwa, peristiwa ni terjadi beberapa bulan yang lalu dan aku rasakan peristiwa inilah yang paling berat untuk aku tempuhi sepanjang hidupku sebagai seorang anak. Anak yang selama ini begitu tegas dengan pendiriannya..anak yang paling susah diduga gerak-gerinya..anak yang paling susah dimengerti isi hatinya, seramai enam orang adik-beradik..anak inilah yang paling banyak memeningkan kepala ibu dan bapa, ish3...ape nak jadi la dengan budak ni...
"kau pilihlah...aku atau dia??" sebaris ungkapan inilah yang cukup membuatkan hidup aku jadi kucar-kacir, sewaktu kata-kata ini diucapkan oleh seorang insan yang bergelar IBU..aku rasakan seolah-olah aku sedang bermimpi..tetapi hakikatnya inilah realiti yang harus aku tempuhi. Semangatku hilang seketika..aku rasakan seperti baru terjatuh dari puncak sebuah menara yang sangat tinggi, aku duduk..tunduk..membisu seribu bahasa..tiada kata-kata yang mampu aku ucapkan. Ibu berlalu meninggalkan aku yang sedang duduk termenung disofa merah yang empuk itu.
Sehingga ke hari ini..aku masih lagi belum memberikan jawapan kepada soalan yang ibu ajukan itu, tetapi jauh di lubuk hatiku..aku sudah pun mempunyai jawapan kepada soalan ibu itu..ibu...bila tiba masanya nanti..saya akan berikan jawapan ini kepada ibu, tapi bukan secara lisan.
Andainya korang diajukan soalan sama sepeti ini..apa jawapan yang korang akan bagi? (-_-)
Wednesday, December 1, 2010
what can u describe about this picture?
huhu...answers for your own :)
In my life..that almost 24 year's, i've been through a lot..the happiness..the sadness..the courageous. All this thing has taught me to be a barve man, to be dare of facing everythings that i want in my life..there is no phrase " I'M GIVE UP ". But..if i fail?? Thats a good question. Event if i dind't get what i want..at least i've satisfide with all the effort into it because "i can accept failure, everyone fails at something. But I can't accept not trying" p/s ( MICHAEL JORDAN ) soo..don't ever afraid in failure.
Remember this!! "don't hesitate to make a decision for what u dream at, because the hesitation will drive u to be a looser for the rest of your life". ( this is my own quotes ) hehe... (^_^)
DARE OR NOT?? that's my line...
peace~ \/(^_^)
Subscribe to:
Posts (Atom)